Bienvenidos
  • PENGENALAN KURSUS
  • ME BIOGRAFIA
  • REFLEKSI DIRI
  • KOLEKSI TUGASAN

PRESENTATION (MINGGU-9)

11/10/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah, pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan persembahan power point daripada kumpulan 5 yang bertajuk 'Kemahiran berfikir dalam ICT' kumpulan ini terdiri daripada barisan siswazah iaitu ; Matdin, Nizam dan Muiz. Apa yang saya faham dalam pembentangan ini kerajaan menggunakan pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan tahap ICT dikalangan rakyat. Namun begitu, komen yang diperoleh dari Cik Mazalah pula berbeza. Beliau berkata pembentangan kumpulan 5 agak lari dari tajuk dan mempunyai isi yang kurang mantap dan tiada sumber atau rujukan. Beliau juga meminta kumpulan 5 untuk membuat pembentangan semula yang lebih baik dan tiada penilaian dibuat bagi kumpulan 5. 

Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan 6 iaitu'Keselamatan  komputer dan internet'.Pembentangan kumpulan 6 sangat mantap dan mudah difahami serta maklumat yang dikongsi sangat berguna kepada para rakan kuliah. Banyak maklumat yang belum pernah diketahui telah kami ketahui dengan baik berkenaan keselamatan komputer dan internet saya. Saya akan lebih berhati hati dengan sebarang perisian yang mengandungi kod hasad(malicious code). Saya juga telah mendapat hadiah kerana menjawab dengan betul soalan yang diberikan pada akhir pembentangan. Selesai dengan pembentangan kumpulan 6, Cik Mazalah meminta setiap kumpulan bersedia dengan kertas kerja masing-masing untuk disemak. Kertas kerja kumpulan saya telah siap sehingga instrumen kajian. Cik Mazalah mengajar kami menghasilkan google form bagi instrumen kajian yang telah siap disemak oleh beliau dengan melalui weebly GE1155. Saya harap kumpulan saya dapat menyelesaikan tugasan kertas kerja ini dengan baik dan menepati tajuk tugasan.
0 Comments



Leave a Reply.

    Umi Kalsum Mohd Said

    UKM student, Active and young...

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.