Assalamualaikum dan selamat petang, hari ini cuaca diluar hujan. Pejam celik dah masuk minggu 7 kuliah. Minggu ni juga masanya untuk mempersembahkan presentation/pembentangan kumpulan yang bermula dengan kumpulan tiga dengan tajuk pembentangan 'PRINSIP CASPER' yang terdiri daripada Syahirah, Atilia dan Fadilah . Cik Mazalah memilih kumpulan dua yang terdiri daripada Matdin, Syazwan dan Muiz untuk membuat penilaian berkenaan pembentangan persembahan kumpulan tiga. Hasil pembentangan kumpulan tiga menepati tajuk yang diberi dan ringkas serta mudah difahami.
Namun begitu, sebelum memulakan pembentangan kumpulan Cik Mazalah menerangkan mengenai penyelidikan pendidikan/kertas cadangan untuk tugasan 4 berkumpulan. Kumpulan saya memilih tajuk 'Kreativiti Pelajar IPT dalam Penggunaan ICT'. Selesai pembentangan kumpulan tiga, seterusnya kami dipersembahkan dengan pembentangan oleh kumpulan empat dengan tajuk pembentangan 'PENGGUNAAN LMS Dan CMS'dengan barisan pembentang ; Raidah dan Fara. Mereka dinilai oleh kumpulan satu iaitu Aisyah, Azirah dan Athira.
Berdasarkan pembentangan kumpulan empat, saya mendapat lebih pemahaman berkenaan dengan fungsi LMS dan CMS ini. Pembentangan kumpulan mereka agak panjang namun padat dengan isi yang membantu pelajar lebih memahami. Penilaian yang diperoleh kebanyakannya positif dan terdapat sedikit komen negatif berkenaan tentang kandungan isi yang tidak cukup ringkas. Cik Mazalah memberi komen berkenaan font yang digunakan agak kecil dan sukar dibaca oleh pelajar yang duduk dibarisan belakang serta pemilihan warna yang kurang menarik. Isi yang dikongsikan sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada pelajar. Petang ini, cuma dua kumpulan sahaja yang diminta untuk membentang hasil pembentangan mereka dan kami diminta untuk berbincang mengenai tugasan 4 yang baru diterangkan pada awal kelas tadi.