Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan diskusi kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan. Khususnya kepada pensyarah dan tutor saya iaitu Dr. Fariza Bt Khalid serta Cik Mazalah Bt Ahmad di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang proses mendaftar dan mempelajari weebly, dropbox dan akaun gmail. Terlebih dahulu, saya telah diminta untuk membentuk beberapa kumpulan kecil dan kumpulan saya terdiri daripada tiga orang ahli termasuk saya. Pertama sekali, tutor telah memberikan penerangan berkaitan akaun gmail dan fungsinya. Saya pernah mempunyai akaun gmail satu ketika dahulu namun kini sudah tidak aktif dan saya diminta untuk mendaftar akaun gmail yang baru. Selepas itu, tutor mengaitkannya dengan laman blog weebly serta dropbox. Umumnya, saya agak kekok kerana baru pertama kali saya mendengar laman blog berkenaan weebly dan mula berasa penasaran tentang apakah bentuk laman blog ini dan akhirnya pertanyaan saya terjawab setelah saya diberi penerangan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laman blog weebly itu sendiri. Sebelum ini, saya pernah juga menghasilkan blog saya sendiri namun begitu hal ini mungkin sedikit berbeza dengan penggunaan weebly.
Ramai pelajar di Universiti pada masa kini, menggunakan weebly sebagai wadah saluran ilmu kepada orang ramai. Hal ini sedikit sebanyak, dapat membantu saya dalam perkongsian ilmu secara lebih holistik dan bersifat kreatif. Selain itu, apa yang menariknya saya dapat melengkapkan sedikit biodata tentang diri saya dan menghias laman weebly saya sendiri mengikut kesesuaian masa. Walaupun pada awalnya, saya masih tidak mahir dalam menggunakan weebly ini akan tetapi Insya Allah dengan tunjuk ajar Cik Mazalah dan rakan sekuliah lain saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan komputer bagi tujuan pendidikan. Beralih pula kepada dropbox, fungsinya sama seperti pendrive dan lebih mudah kerana ia tidak perlu dibawa kemana mana dan hanya dengan mengakses internet saya boleh mendapatkan maklumat yang telah disimpan. Ini adalah pengalaman pertama saya yang amat bermakna dan cukup bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang. Semoga kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan ini memberikan impak yang berguna kepada diri saya, rakan kuliah dan semua bakal pendidik.