Pada minggu kelima, Cik Mazalah telah memberi kami tajuk forum bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya yang terdiri daripada Diani Amirah, Stefaney Aming dan saya sendiri telah mendapat tajuk 'Pembelajaran tentang teknologi maklumat'. Kami dikehendaki memulakan topik perbincangan di laman blog GE1155.weebly.com dan memberi respons terhadap soalan yang diberikan. Sebelum saya memberikan soalan di forum weebly, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang berkaitan di google. Akhirnya, saya menjumpai soalan yang sesuai di slide share untuk dikongsikan bersama rakan kumpulan yang lain. Saya telah memilih soalan yang berkaitan dengan cabaran/isu penggunaan ICT dalam pendidikan. Pada pendapat saya, soalan ini dapat membantu saya mengetahui dan mendalami masalah yang dihadapi oleh segelintir pendidik di Malaysia. Selain itu, Cik Mazalah juga memperkenalkan kami dengan google scholar. Dimana, enjin pencarian ini memberi tumpuan kepada pencarian ilmiah yang lebih jelas dan lebih bersifat terperinci. Namun begitu, saya masih belum mahir menggunakan enjin pencarian ini. Cik Mazalah juga ada mengajar kami menggunakan e-library yang menghubungkan library di ptsl. Namun disebabkan beberapa kesulitan jalur lebar kami tidak dapat mengakses e-library.