Minggu ini, Cik Mazalah menekankan tentang tugasan, weebly dan video yang perlu kami lengkapkan dan hantar pada minggu ke empat belas. Hari ini kami menyiapkan satu tugasan iaitu helaian hamparan elektronik di dalam microsoft excel. Rupa-rupanya saya
Pada petang ini, Cik Mazalah telah meminta Kumpulan 2 untuk membentangkan tajuk 'Pembelajaran tentang Teknologi maklumat dan Komunikasi'. Pembentang terdiri daripada saudara Muiz, Matdin dan Nizam. Hasil pembentangan kumpulan 2 adalah lebih baik berbanding sebelumnya. Apa yang saya peroleh daripada hasil pembentangan tersebut ialah terdapat beberapa jenis sukatan pelajaran dalam kursus ICT antaranya sistem komputer, Perisian aplikasi, Multimedia, Pengaturcaraan dan banyak lagi.
Tamat sahaja sesi pembentangan, Cik Mazalah terus sahaja menerangkan tentang tugasan 7 iaitu Penerbitan Video. Di dalam video tersebut hendaklah mempunyai tiga unsur utama seperti audio, video dan teks. Dalam kumpulan, kami dikendaki membincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan tiga ''Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pada petang ini kami di hendaki berbincang mengenai story board dan skrip yang akan kami gunakan dalam kumpulan. Kami hendaklah menyediakan skrip yang berkaitan dengan tajuk yang telah dibentangkan dan hendaklah menarik serta efektif untuk ditonton. Assalamualaikum...hari ini kuliah diteruskan dengan dua buah kumpulan untuk pembentangan.Kumpulan pertama dengan tajuk 'E-Learning dan Mobile Learning' dan kumpulanm seterusnya dengan tajuk 'Web 2.0'. Persembahan kedua dua kumpulan memuaskan cuma pemilihan warna dan font sahaja yang kurang jelas. Seterusnya bagi kumpulan kedua, saya telah menjadi penilai bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Selepas tamat pembentangan, Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami cara cara untuk menghasilkan peratus hasil daripada soal selidik kertas cadangan kumpulan kami.
Fuhh..harini dah masuk minggu 10 kuliah. Lagi empat minggu then kami akan hadapi final exam. Hari ini sambung pembentangan kumpulan 8 dengan tajuknya ; 'Perisian asal dan berlesen'. Kelebihan menggunakan perisian berlesen adalah fail-fail tidak mudah hilang. Perisian berlesen ini boleh didapati melalui online shop, computer shop dan juga google. Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk 'Perisian percuma dan perisian bebas'yang disembahkan oleh Yaya, Dila dan Suha. Kumpulan ini menerangkan tentang OSS.Open Source Software adalah sejenis software komputer yang kod sumber pemogramannya terbuka kepada setiap pengguna. Setiap orang dapat melihat, mengubah, atau memodifikasikan kodnya dan menyiarkan semula.
Selepas tamat pembentangan kumpulan Yaya, Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami mengenai tugasan 7 iaitu menghasilkan dua bronsur. Dua bronsur tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan microsoft word dan microsoft publisher. Selepas itu, kami diminta untuk memuat turun bronsur yang terbaik di ifolio. Seterusnya, di akhir kelas, kami diminta untuk berbincang mengenai soal selidik untuk kertas kerja kumpulan. Alhamdulillah, pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan persembahan power point daripada kumpulan 5 yang bertajuk 'Kemahiran berfikir dalam ICT' kumpulan ini terdiri daripada barisan siswazah iaitu ; Matdin, Nizam dan Muiz. Apa yang saya faham dalam pembentangan ini kerajaan menggunakan pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan tahap ICT dikalangan rakyat. Namun begitu, komen yang diperoleh dari Cik Mazalah pula berbeza. Beliau berkata pembentangan kumpulan 5 agak lari dari tajuk dan mempunyai isi yang kurang mantap dan tiada sumber atau rujukan. Beliau juga meminta kumpulan 5 untuk membuat pembentangan semula yang lebih baik dan tiada penilaian dibuat bagi kumpulan 5.
Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan 6 iaitu'Keselamatan komputer dan internet'.Pembentangan kumpulan 6 sangat mantap dan mudah difahami serta maklumat yang dikongsi sangat berguna kepada para rakan kuliah. Banyak maklumat yang belum pernah diketahui telah kami ketahui dengan baik berkenaan keselamatan komputer dan internet saya. Saya akan lebih berhati hati dengan sebarang perisian yang mengandungi kod hasad(malicious code). Saya juga telah mendapat hadiah kerana menjawab dengan betul soalan yang diberikan pada akhir pembentangan. Selesai dengan pembentangan kumpulan 6, Cik Mazalah meminta setiap kumpulan bersedia dengan kertas kerja masing-masing untuk disemak. Kertas kerja kumpulan saya telah siap sehingga instrumen kajian. Cik Mazalah mengajar kami menghasilkan google form bagi instrumen kajian yang telah siap disemak oleh beliau dengan melalui weebly GE1155. Saya harap kumpulan saya dapat menyelesaikan tugasan kertas kerja ini dengan baik dan menepati tajuk tugasan. Kelas dimulakan terus dengan pembentangan dari kumpulan 1 ; Izzah, Azira dan Aisyah dengan tajuk 'kemahiran abad ke-21'. Banyak input yang telah saya dapat melalui pembentangan kumpulan 1 itu tadi.Selepas kumpulan 1, pembentangan diteruskan pula dengan kumpulan saya dengan tajuk 'Pembelajaran tentang Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)' Kumpulan kami menfokuskan tentang penggunaan ICT dalam p&p. Setelah penerangan demi penerangan dibuat kami telah mendapat komen daripada Cik Mazalah bahawa kami telah silap mengupas tajuk tersebut dan agak lari daripada topik utama. Namun Cik Mazalah berpuas hati dengan pembentangan kami yang nampak bersedia dan bertenaga. Hari ini hanya dua kumpulan sahaja yang membuat pembentangan.
Assalamualaikum dan selamat petang, hari ini cuaca diluar hujan. Pejam celik dah masuk minggu 7 kuliah. Minggu ni juga masanya untuk mempersembahkan presentation/pembentangan kumpulan yang bermula dengan kumpulan tiga dengan tajuk pembentangan 'PRINSIP CASPER' yang terdiri daripada Syahirah, Atilia dan Fadilah . Cik Mazalah memilih kumpulan dua yang terdiri daripada Matdin, Syazwan dan Muiz untuk membuat penilaian berkenaan pembentangan persembahan kumpulan tiga. Hasil pembentangan kumpulan tiga menepati tajuk yang diberi dan ringkas serta mudah difahami.
Namun begitu, sebelum memulakan pembentangan kumpulan Cik Mazalah menerangkan mengenai penyelidikan pendidikan/kertas cadangan untuk tugasan 4 berkumpulan. Kumpulan saya memilih tajuk 'Kreativiti Pelajar IPT dalam Penggunaan ICT'. Selesai pembentangan kumpulan tiga, seterusnya kami dipersembahkan dengan pembentangan oleh kumpulan empat dengan tajuk pembentangan 'PENGGUNAAN LMS Dan CMS'dengan barisan pembentang ; Raidah dan Fara. Mereka dinilai oleh kumpulan satu iaitu Aisyah, Azirah dan Athira. Berdasarkan pembentangan kumpulan empat, saya mendapat lebih pemahaman berkenaan dengan fungsi LMS dan CMS ini. Pembentangan kumpulan mereka agak panjang namun padat dengan isi yang membantu pelajar lebih memahami. Penilaian yang diperoleh kebanyakannya positif dan terdapat sedikit komen negatif berkenaan tentang kandungan isi yang tidak cukup ringkas. Cik Mazalah memberi komen berkenaan font yang digunakan agak kecil dan sukar dibaca oleh pelajar yang duduk dibarisan belakang serta pemilihan warna yang kurang menarik. Isi yang dikongsikan sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada pelajar. Petang ini, cuma dua kumpulan sahaja yang diminta untuk membentang hasil pembentangan mereka dan kami diminta untuk berbincang mengenai tugasan 4 yang baru diterangkan pada awal kelas tadi. Minggu ini merupakan minggu keenam kuliah saya. Seperti biasa, setiap minggu kami dihidangkan dengan maklumat dan pembelajaran baru oleh Cik Mazalah. Pada hari ini saya diterangkan dengan satu nama yang tidak asing dengan saya iaitu 'Casper!' Casper ini bukanlah watak kartun hantu seperti yang saya mula bayangkan. Namun begitu, Casper ini merupakan suatu konsep/prinsip dalam menghasilkan slide show/powerpoint yang baik. Pertama sekali, saya mencari maklumat berkaitan casper di enjin pencarian google. Saya rumuskan serba ringkas apa itu casper.
C-CONTRAST A- ALIGNMENT S-SIMPLICITY P-PROXIMITY E-EMPHASIS R-REPITITION Itulah Prinsip Casper yang sebenarnya, jangan terkeliru. Seterusnya, Cik Mazalah meminta kami untuk memasukkan Prinsip Casper dalam presentation kami pada minggu kelapan akan datang. Semoga kami dapat menghasilkan slide show/powerpoint yang menepati kehendak Cik Mazalah sekaligus menjadikan kami antara kumpulan yang terbaik !! Pada minggu kelima, Cik Mazalah telah memberi kami tajuk forum bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya yang terdiri daripada Diani Amirah, Stefaney Aming dan saya sendiri telah mendapat tajuk 'Pembelajaran tentang teknologi maklumat'. Kami dikehendaki memulakan topik perbincangan di laman blog GE1155.weebly.com dan memberi respons terhadap soalan yang diberikan. Sebelum saya memberikan soalan di forum weebly, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang berkaitan di google. Akhirnya, saya menjumpai soalan yang sesuai di slide share untuk dikongsikan bersama rakan kumpulan yang lain. Saya telah memilih soalan yang berkaitan dengan cabaran/isu penggunaan ICT dalam pendidikan. Pada pendapat saya, soalan ini dapat membantu saya mengetahui dan mendalami masalah yang dihadapi oleh segelintir pendidik di Malaysia. Selain itu, Cik Mazalah juga memperkenalkan kami dengan google scholar. Dimana, enjin pencarian ini memberi tumpuan kepada pencarian ilmiah yang lebih jelas dan lebih bersifat terperinci. Namun begitu, saya masih belum mahir menggunakan enjin pencarian ini. Cik Mazalah juga ada mengajar kami menggunakan e-library yang menghubungkan library di ptsl. Namun disebabkan beberapa kesulitan jalur lebar kami tidak dapat mengakses e-library.
|