Minggu ini, Cik Mazalah menekankan tentang tugasan, weebly dan video yang perlu kami lengkapkan dan hantar pada minggu ke empat belas. Hari ini kami menyiapkan satu tugasan iaitu helaian hamparan elektronik di dalam microsoft excel. Rupa-rupanya saya
Pada petang ini, Cik Mazalah telah meminta Kumpulan 2 untuk membentangkan tajuk 'Pembelajaran tentang Teknologi maklumat dan Komunikasi'. Pembentang terdiri daripada saudara Muiz, Matdin dan Nizam. Hasil pembentangan kumpulan 2 adalah lebih baik berbanding sebelumnya. Apa yang saya peroleh daripada hasil pembentangan tersebut ialah terdapat beberapa jenis sukatan pelajaran dalam kursus ICT antaranya sistem komputer, Perisian aplikasi, Multimedia, Pengaturcaraan dan banyak lagi.
Tamat sahaja sesi pembentangan, Cik Mazalah terus sahaja menerangkan tentang tugasan 7 iaitu Penerbitan Video. Di dalam video tersebut hendaklah mempunyai tiga unsur utama seperti audio, video dan teks. Dalam kumpulan, kami dikendaki membincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan tiga ''Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pada petang ini kami di hendaki berbincang mengenai story board dan skrip yang akan kami gunakan dalam kumpulan. Kami hendaklah menyediakan skrip yang berkaitan dengan tajuk yang telah dibentangkan dan hendaklah menarik serta efektif untuk ditonton. |