Bienvenidos
  • PENGENALAN KURSUS
  • ME BIOGRAFIA
  • REFLEKSI DIRI
  • KOLEKSI TUGASAN

minggu 11~

11/25/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum...hari ini kuliah diteruskan dengan dua buah kumpulan untuk pembentangan.Kumpulan pertama dengan tajuk 'E-Learning dan Mobile Learning' dan kumpulanm seterusnya dengan tajuk 'Web 2.0'. Persembahan kedua dua kumpulan memuaskan cuma pemilihan warna dan font sahaja yang kurang jelas. Seterusnya bagi kumpulan kedua, saya telah menjadi penilai bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Selepas tamat pembentangan, Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami cara cara untuk menghasilkan peratus hasil daripada soal selidik kertas cadangan kumpulan kami.
0 Comments

bronsur siap (:

11/24/2014

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

TUGASAN BARU?BRONSUR! -MINGGU 10

11/17/2014

0 Comments

 
Fuhh..harini dah masuk minggu 10 kuliah. Lagi empat minggu then kami akan hadapi final exam. Hari ini sambung pembentangan kumpulan 8 dengan tajuknya ; 'Perisian asal dan berlesen'. Kelebihan menggunakan perisian berlesen adalah fail-fail tidak mudah hilang. Perisian berlesen ini boleh didapati melalui online shop, computer shop dan juga google. Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk 'Perisian percuma dan perisian bebas'yang disembahkan oleh Yaya, Dila dan Suha. Kumpulan ini menerangkan tentang OSS.Open Source Software adalah sejenis software komputer yang kod sumber pemogramannya terbuka kepada setiap pengguna. Setiap orang dapat melihat, mengubah, atau memodifikasikan kodnya dan menyiarkan semula. 


Selepas tamat pembentangan kumpulan Yaya, Cik Mazalah telah menerangkan kepada kami mengenai tugasan 7 iaitu menghasilkan dua bronsur. Dua bronsur tersebut hendaklah dibuat dengan menggunakan microsoft word dan microsoft publisher. Selepas itu, kami diminta untuk memuat turun bronsur yang terbaik di ifolio. Seterusnya, di akhir kelas, kami diminta untuk berbincang mengenai soal selidik untuk kertas kerja kumpulan.
0 Comments

PRESENTATION (MINGGU-9)

11/10/2014

0 Comments

 
Alhamdulillah, pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan persembahan power point daripada kumpulan 5 yang bertajuk 'Kemahiran berfikir dalam ICT' kumpulan ini terdiri daripada barisan siswazah iaitu ; Matdin, Nizam dan Muiz. Apa yang saya faham dalam pembentangan ini kerajaan menggunakan pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan tahap ICT dikalangan rakyat. Namun begitu, komen yang diperoleh dari Cik Mazalah pula berbeza. Beliau berkata pembentangan kumpulan 5 agak lari dari tajuk dan mempunyai isi yang kurang mantap dan tiada sumber atau rujukan. Beliau juga meminta kumpulan 5 untuk membuat pembentangan semula yang lebih baik dan tiada penilaian dibuat bagi kumpulan 5. 

Seterusnya, pembentangan diteruskan lagi dengan kumpulan 6 iaitu'Keselamatan  komputer dan internet'.Pembentangan kumpulan 6 sangat mantap dan mudah difahami serta maklumat yang dikongsi sangat berguna kepada para rakan kuliah. Banyak maklumat yang belum pernah diketahui telah kami ketahui dengan baik berkenaan keselamatan komputer dan internet saya. Saya akan lebih berhati hati dengan sebarang perisian yang mengandungi kod hasad(malicious code). Saya juga telah mendapat hadiah kerana menjawab dengan betul soalan yang diberikan pada akhir pembentangan. Selesai dengan pembentangan kumpulan 6, Cik Mazalah meminta setiap kumpulan bersedia dengan kertas kerja masing-masing untuk disemak. Kertas kerja kumpulan saya telah siap sehingga instrumen kajian. Cik Mazalah mengajar kami menghasilkan google form bagi instrumen kajian yang telah siap disemak oleh beliau dengan melalui weebly GE1155. Saya harap kumpulan saya dapat menyelesaikan tugasan kertas kerja ini dengan baik dan menepati tajuk tugasan.
0 Comments

presentation-minggu 8

11/3/2014

0 Comments

 
Kelas dimulakan terus dengan pembentangan dari kumpulan 1 ; Izzah, Azira dan Aisyah dengan tajuk 'kemahiran abad ke-21'. Banyak input yang telah saya dapat melalui pembentangan kumpulan 1 itu tadi.Selepas kumpulan 1, pembentangan diteruskan pula dengan kumpulan saya dengan tajuk 'Pembelajaran tentang Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)' Kumpulan kami menfokuskan tentang penggunaan ICT dalam p&p. Setelah penerangan demi penerangan dibuat kami telah mendapat komen daripada Cik Mazalah bahawa kami telah silap mengupas tajuk tersebut dan agak lari daripada topik utama. Namun Cik Mazalah berpuas hati dengan pembentangan kami yang nampak bersedia dan bertenaga. Hari ini hanya dua kumpulan sahaja yang membuat pembentangan.
 

0 Comments

    Umi Kalsum Mohd Said

    UKM student, Active and young...

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.