Bienvenidos
  • PENGENALAN KURSUS
  • ME BIOGRAFIA
  • REFLEKSI DIRI
  • KOLEKSI TUGASAN

presentation (minggu 7)

10/28/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan selamat petang, hari ini cuaca diluar hujan. Pejam celik dah masuk minggu 7 kuliah. Minggu ni juga masanya untuk mempersembahkan presentation/pembentangan kumpulan yang bermula dengan kumpulan tiga dengan tajuk pembentangan 'PRINSIP CASPER' yang terdiri daripada Syahirah, Atilia dan Fadilah . Cik Mazalah memilih kumpulan dua yang terdiri daripada Matdin, Syazwan dan Muiz untuk membuat penilaian berkenaan pembentangan persembahan kumpulan tiga. Hasil pembentangan kumpulan tiga menepati tajuk yang diberi dan ringkas serta mudah difahami. 

Namun begitu, sebelum memulakan pembentangan kumpulan Cik Mazalah menerangkan mengenai penyelidikan pendidikan/kertas cadangan untuk tugasan 4 berkumpulan. Kumpulan saya memilih tajuk 'Kreativiti Pelajar IPT dalam Penggunaan ICT'. Selesai pembentangan kumpulan tiga, seterusnya kami dipersembahkan dengan pembentangan oleh kumpulan empat dengan tajuk pembentangan 'PENGGUNAAN LMS Dan CMS'dengan barisan pembentang ; Raidah dan Fara. Mereka dinilai oleh kumpulan satu iaitu Aisyah, Azirah dan Athira. 

Berdasarkan pembentangan kumpulan empat, saya mendapat lebih pemahaman berkenaan dengan fungsi LMS dan CMS ini. Pembentangan kumpulan mereka agak panjang namun padat dengan isi yang membantu pelajar lebih memahami. Penilaian yang diperoleh kebanyakannya positif dan terdapat sedikit komen negatif berkenaan tentang kandungan isi yang tidak cukup ringkas. Cik Mazalah memberi komen berkenaan font yang digunakan agak kecil dan sukar dibaca oleh pelajar yang duduk dibarisan belakang serta pemilihan warna yang kurang menarik. Isi yang dikongsikan sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada pelajar. Petang ini, cuma dua kumpulan sahaja yang diminta untuk membentang hasil pembentangan mereka dan kami diminta untuk berbincang mengenai tugasan 4 yang baru diterangkan pada awal kelas tadi.
0 Comments

casper OHH CASPER (MINGGU 6/TUGASAN 5)

10/14/2014

0 Comments

 
Minggu ini merupakan minggu keenam kuliah saya. Seperti biasa, setiap minggu kami dihidangkan dengan maklumat dan pembelajaran baru oleh Cik Mazalah. Pada hari ini saya diterangkan dengan satu nama yang tidak asing dengan saya iaitu 'Casper!' Casper ini bukanlah watak kartun hantu seperti yang saya mula bayangkan. Namun begitu, Casper ini merupakan suatu konsep/prinsip dalam menghasilkan slide show/powerpoint yang baik. Pertama sekali, saya mencari maklumat berkaitan casper di enjin pencarian google. Saya rumuskan serba ringkas apa itu casper. 
C-CONTRAST
A- ALIGNMENT
S-SIMPLICITY
P-PROXIMITY
E-EMPHASIS
R-REPITITION
Itulah Prinsip Casper yang sebenarnya, jangan terkeliru. Seterusnya, Cik Mazalah meminta kami untuk memasukkan Prinsip Casper dalam presentation kami pada minggu kelapan akan datang. Semoga kami dapat menghasilkan slide show/powerpoint yang menepati kehendak Cik Mazalah sekaligus menjadikan kami antara kumpulan yang terbaik !! 
0 Comments

minggu 5/tugasan 3

10/14/2014

0 Comments

 
Pada minggu kelima, Cik Mazalah telah memberi kami tajuk forum bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya yang terdiri daripada Diani Amirah, Stefaney Aming dan saya sendiri telah mendapat tajuk 'Pembelajaran tentang teknologi maklumat'. Kami dikehendaki memulakan topik perbincangan di laman blog GE1155.weebly.com dan memberi respons terhadap soalan yang diberikan. Sebelum saya memberikan soalan di forum weebly, saya terlebih dahulu mencari maklumat yang berkaitan di google. Akhirnya, saya menjumpai soalan yang sesuai di slide share untuk dikongsikan bersama rakan kumpulan yang lain. Saya telah memilih soalan yang berkaitan dengan cabaran/isu penggunaan ICT dalam pendidikan. Pada pendapat saya, soalan ini dapat membantu saya mengetahui dan mendalami masalah yang dihadapi oleh segelintir pendidik di Malaysia.  Selain itu, Cik Mazalah juga memperkenalkan kami dengan google scholar. Dimana, enjin pencarian ini memberi tumpuan kepada pencarian ilmiah yang lebih jelas dan lebih bersifat terperinci. Namun begitu, saya masih belum mahir menggunakan enjin pencarian ini. Cik Mazalah juga ada mengajar kami menggunakan e-library yang menghubungkan library di ptsl. Namun disebabkan beberapa kesulitan jalur lebar kami tidak dapat mengakses e-library. 
0 Comments

Apa itu LMS dan CMS? (Minggu 4 / Tugasan 2)

10/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam selangor aman jaya. Terlebih dahulu ingin saya panjatkan rasa kesyukuran kepada ya rabb kerana dengan izin-NYA saya dapat menghadiri kursus GGGE1155 Komputer Dalam Pendidikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan fizikal dan mental yang baik. Pada kuliah minggu ke empat ini, saya dan rakan sekuliah telah di beri penerangan baru tentang Learning Management System ( LMS ) dan Content Management System ( CMS ). Terdapat pelbagai persoalan yang harus saya kupaskan satu persatu dalam laporan tugasan dua nanti. Antara contoh persoalan itu ialah apakah LMS dan CMS, apakah kegunaannya, bagaimana cara menggunakannya, apakah perisian aplikasi LMS dan CMS dan persoalan yang terakhir apakah beza diantara LMS dan CMS? Tutor kami iaitu Cik Mazalah telah meminta saya dan rakan kuliah lain mengumpulkan seberapa maksima mungkin maklumat berkenaan LMS dan CMS ini dan maklumat ini hendaklah disimpan ke dalam google drive dan drop box. Pada masa yang sama, setiap maklumat atau bahan yang telah diperoleh hendaklah dikongsi atau diemel kepadanya.

        Berdasarkan bahan-bahan yang telah saya kumpulkan, apa yang saya fahami LMS ini adalah sebuah sistem yang memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu berlaku dengan sistematik dan lebih efektif. Lebih tepat, ia merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, learning program dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. Tidak jauh berbeza dengan Sistem Pengurusan Kandungan/CMS ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Harapan saya semoga saya menjadi lebih mahir dalam mengendalikan segala perisian aplikasi yang terdapat dalam komputer disamping berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan komputer. Insya Allah.

0 Comments

Pengalamanku dalam ICT (minggu 1-minggu 3 / Tugasan 1)

10/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan diskusi kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan. Khususnya kepada pensyarah dan tutor saya iaitu Dr. Fariza Bt Khalid serta Cik Mazalah Bt Ahmad di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang proses mendaftar dan mempelajari weebly, dropbox dan akaun gmail. Terlebih dahulu, saya telah diminta untuk membentuk beberapa kumpulan kecil dan kumpulan saya terdiri daripada tiga orang ahli termasuk saya. Pertama sekali, tutor telah memberikan penerangan berkaitan akaun gmail dan fungsinya. Saya pernah mempunyai akaun gmail satu ketika dahulu namun kini sudah tidak aktif dan saya diminta untuk mendaftar akaun gmail yang baru. Selepas itu, tutor mengaitkannya dengan laman blog weebly serta dropbox. Umumnya, saya agak kekok kerana baru pertama kali saya mendengar laman blog berkenaan weebly dan mula berasa penasaran tentang apakah bentuk laman blog ini dan akhirnya pertanyaan saya terjawab setelah saya diberi penerangan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laman blog weebly itu sendiri. Sebelum ini, saya pernah juga menghasilkan blog saya sendiri namun begitu hal ini mungkin sedikit berbeza dengan penggunaan weebly.

Ramai pelajar di Universiti pada masa kini, menggunakan weebly sebagai wadah saluran ilmu kepada orang ramai. Hal ini sedikit sebanyak, dapat membantu saya dalam perkongsian ilmu secara lebih holistik dan bersifat kreatif. Selain itu, apa yang menariknya saya dapat melengkapkan sedikit biodata tentang diri saya dan menghias laman weebly saya sendiri mengikut kesesuaian masa. Walaupun pada awalnya, saya masih tidak mahir dalam menggunakan weebly ini akan tetapi Insya Allah dengan tunjuk ajar Cik Mazalah dan rakan sekuliah lain saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan komputer bagi tujuan pendidikan. Beralih pula kepada dropbox, fungsinya sama seperti pendrive dan lebih mudah kerana ia tidak perlu dibawa kemana mana dan hanya dengan mengakses internet saya boleh mendapatkan maklumat yang telah disimpan. Ini adalah pengalaman pertama saya yang amat bermakna dan cukup bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang. Semoga kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan ini memberikan impak yang berguna kepada diri saya, rakan kuliah dan semua bakal pendidik.

0 Comments

    Umi Kalsum Mohd Said

    UKM student, Active and young...

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.