Bienvenidos
  • PENGENALAN KURSUS
  • ME BIOGRAFIA
  • REFLEKSI DIRI
  • KOLEKSI TUGASAN

Apa itu LMS dan CMS? (Minggu 4 / Tugasan 2)

10/1/2014

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam selangor aman jaya. Terlebih dahulu ingin saya panjatkan rasa kesyukuran kepada ya rabb kerana dengan izin-NYA saya dapat menghadiri kursus GGGE1155 Komputer Dalam Pendidikan mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan fizikal dan mental yang baik. Pada kuliah minggu ke empat ini, saya dan rakan sekuliah telah di beri penerangan baru tentang Learning Management System ( LMS ) dan Content Management System ( CMS ). Terdapat pelbagai persoalan yang harus saya kupaskan satu persatu dalam laporan tugasan dua nanti. Antara contoh persoalan itu ialah apakah LMS dan CMS, apakah kegunaannya, bagaimana cara menggunakannya, apakah perisian aplikasi LMS dan CMS dan persoalan yang terakhir apakah beza diantara LMS dan CMS? Tutor kami iaitu Cik Mazalah telah meminta saya dan rakan kuliah lain mengumpulkan seberapa maksima mungkin maklumat berkenaan LMS dan CMS ini dan maklumat ini hendaklah disimpan ke dalam google drive dan drop box. Pada masa yang sama, setiap maklumat atau bahan yang telah diperoleh hendaklah dikongsi atau diemel kepadanya.

        Berdasarkan bahan-bahan yang telah saya kumpulkan, apa yang saya fahami LMS ini adalah sebuah sistem yang memudahkan sesuatu proses pembelajaran itu berlaku dengan sistematik dan lebih efektif. Lebih tepat, ia merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, learning program dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan MAMPU. Tidak jauh berbeza dengan Sistem Pengurusan Kandungan/CMS ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Harapan saya semoga saya menjadi lebih mahir dalam mengendalikan segala perisian aplikasi yang terdapat dalam komputer disamping berusaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan komputer. Insya Allah.

0 Comments



Leave a Reply.

    Umi Kalsum Mohd Said

    UKM student, Active and young...

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Picture

Powered by Create your own unique website with customizable templates.